Welcome to Abang Yus Halal Mart

PENDAHULUAN

  • Abang Yus Halal Mart merupakan pusat himpunan produk-produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) terutama produk dari usahawan bumiputera. Disini kami menyediakan peluang kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka secara runcit dan borong.
  • Abang Yus Halal Mart menyediakan platform kepada usahawan IKS dari seluruh negara untuk memasarkan produk mereka secara ONLINE atau OFFLINE
  • Kami membuka peluang dan ruang kepada semua usahawan IKS terutama BUMIPUTERA walaupun pengeluaran mereka dalam skala kecil dan belum perolehi sijil halal JAKIM

 

LATAR BELAKANG

  • Masalah yang telah sekian lama membelenggu ramai usahawan IKS terutama kepada usahawan Bumiputera adalah produk-produk mereka sukar menembusi pasaran runcit tempatan secara meluas manakala kesedaran pengguna akan produk Halal / Buatan Muslim semakin meningkat tapi sukar pula untuk mendapatkan produk halal / buatan muslim di pasaran

 

SOLUSI

  • Kelompong antara pengeluar, pemborong, pengedar dan peruncit ini perlu diberi satu solusi serta tindakan bersepadu yang efektif
  • Kesedaran dalam mendapatkan dan menggunakan produk halal keluaran muslim oleh pengguna mesti direalisasikan bukan hanya retorik di media tetapi hakikatnya pengguna masih bergelumang dengan produk-produk yang diragui status halal nya

 

FASA PERTAMA - ONLINE

Pakej Asas :

  • Peluang beriklan di 4 platform utama
  1. http://abangyushalalmart.com
  2. http://bit.ly/2n8Dust
  3. http://bit.ly/2sjzYOf
  4. http://bit.ly/2nm6ddX
  • Terbuka kepada semua jenis perniagaan ( Produk/Perkhidmatan)
  • Yuran - RM100 setahun

FASA KEDUA (OFFLINE - KEDAI)

  • Kami merancang sebelum hujung tahun 2017 ini kami dapat membuka outlet pertama di dalam Hypermarket
  • Kami merancang untuk mengadakan kerjasama dengan salah satu pihak HYPER di Malaysia agar kami dapat membuka outlet di setiap premis mereka di seluruh negara. Ini bertujuan agar produk - produk usahawan IKS mudah diperolehi dan sebagai Branding kerana produk usahawan terdapat di dalam hypermarket tersebut
  • Kami juga bercadang untuk membuka outlet - outlet di seluruh negara di dalam kawasan perumahan yang mempunyai kepadatan yang tinggi

 

FASA KETIGA - Distributor Centre & Franchise

  • Menjadi pusat pengumpulan dan edaran produk2 halal Muslim
  • Membuka peluang untuk¬†Franchise agar perancangan untuk memperbanyakkan premis perniagaan dapat dilaksanakan disamping membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada golongan bumiputera